Monday, October 22, 2012

Ucapan Dato' Seri Jamil Khir - Rasmi Masjid Al-Mukhlisin



TEKS UCAPAN
YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI
JAMIL KHIR B. HJ BAHAROM (B)
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN MASJID AL-MUKHLISIN
CHERAS , KUALA LUMPUR
PADA ……. 2010


ASSALAMUALAIKUM WRM.WBT DAN SALAM 1MALAYSIA ,
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي يقول الحق تبارك وتعالى فى الذكر الحكيم وهوأصدق القائلين : فِي بُيوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرُ فِيها اسْمُهُ يُسَبّحُ لهُ فيهَا بالْغُدُوِّ والآصالِ. صدق الله العظيم.والصلاة والسلام على من لا نبي بعده وعلى آله واصحابه أجمعين.
1.    MENGADAP SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH.

KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA TERENGGANU , TENGKU MUHAMMAD ISMAIL IBNI AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

YANG AMAT MULIA TENGKU MUHAMMAD MUA’AZ IBNI AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN


AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN , SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.

2.    IZINKAN PATIK TERLEBIH DAHULU , MEMANJAT PUJI-PUJIAN DAN SYUKUR KE HADHRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN KEIZINANNYA DAPATLAH PATIK SEKALIAN HADIR BERSAMA-SAMA SERI PADUKA BAGINDA TUANKU DAN PADUKA-PADUKA ANAKANDA TUANKU DI MAJLIS PERASMIAN MASJID AL-MUKHLISIN , CHERAS PADA HARI INI.

3.    PATIK BAGI PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) DAN SELURUH ANAK-ANAK KARIAH ALAM DAMAI , CHERAS , MENJUNJUNG KASIH YANG TIDAK TERHINGGA ATAS LIMPAH PERKENAN SERI PADUKA BAGINDA TUANKU DAN PADUKA-PADUKA ANAKANDA TUANKU, BERANGKAT MENYEMPURNAKAN UPACARA PERASMIAN MASJID INI.

4.    SESUNGGUHNYA , KEBERANGKATAN SERI PADUKA BAGINDA TUANKU  DAN PADUKA-PADUKA ANAKANDA TUANKU AMATLAH WAJAR DAN BERTEPATAN SEKALI YANG SECARA LANGSUNG MENCERMINKAN KEPRIHATINAN SERI PADUKA BAGINDA TUANKU TERHADAP URUSAN HAL EHWAL ISLAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN KHASNYA DAN MALAYSIA AMNYA.
5.    AMPUN TUANKU , IZINKAN PATIK UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KEPADA PARA HADIRIN SEKALIAN.

AMPUN TUANKU.
YANG BERHORMAT SENATOR DATO’ RAJA NONG CHIK BIN DATO’ RAJA ZAINAL ABIDIN , MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJATERAAN BANDAR ,

YANG BERBAHAGIA DATO’ HJ WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH ABDUL AZIZ , KETUA PENGARAH , JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

YANG BERBAHAGIA DATUK SERI AHMAD FUAD BIN ISMAIL , DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

YANG BERBAHAGIA DATO’ HJ CHE MAT BIN CHE ALI , PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) MERANGKAP SETIAUSAHA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

YANG BERBAHAGIA AHLI-AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

YANG BERBAHAGIA TAN SRI-TAN SRI , DATUK SERI-DATUK SERI , DATUK-DATUK , TUAN DAN PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

6.    SYUKUR ALHAMDULILLAH , SELEPAS HAMPIR 10 TAHUN PENANTIAN PENDUDUK DAN MASYARAKAT ALAM DAMAI UNTUK MEMILIKI SEBUAH MASJID , AKHIRNYA DIQABULKAN ALLAH S.W.T JUA DENGAN SIAPNYA KOMPLEKS MASJID AL-MUKHLISIN , ALAM DAMAI , CHERAS , KUALA LUMPUR.
7.    SEBAGAI MAKLUMAN KITA BERSAMA , DENGAN SEMPURNANYA PEMBINAAN MASJID AL-MUKHLISIN INI , IANYA TELAH DAPAT MEMBERIKAN KEMUDAHAN KEPADA MASYARAKAT TEMPATAN UNTUK MENUNAIKAN IBADAH SECARA BERJEMAAH . JUSTERU ITU , SEBELUM INI , PENDUDUK DI KAWASAN INI HANYA BERTUMPU KEPADA SURAU JUMAAT YANG TERHAMPIR IAITU SURAU JUMAAT AL-MUBARAKAH , TAMAN BUKIT CHERAS UNTUK MENUNAIKAN SOLAT FARDHU JUMAAT MAHU PUN SOLAT LIMA WAKTU.
PARA HADIRIN SEKALIAN ,
8.    UMUM TELAH MENGETAHUI BAHAWA SURAU JUMAAT AL-MUBARAKAH YANG HANYA BERUPAYA MENAMPUNG SEHINGGA 400 ORANG JEMAAH SAHAJA DALAM SATU-SATU MASA TERLETAK 5 KILOMETER DARI TAMAN ALAM DAMAI INI JUGA TURUT DIKONGSI BERSAMA OLEH 8 BUAH TAMAN PERUMAHAN IAITU MELIPUTI TAMAN BUKIT CHERAS , TAMAN ALAM DAMAI , BUKIT ANGGERIK , TAMAN DAHLIA , TAMAN LEN SENG , TAMAN CONNAUGHT , TAMAN ORKID DESA DAN TERMASUKLAH SURIA JAYA.

PARA HADIRIN SEKALIAN ,
9.    PADA HARI INI , KITA BERSYUKUR KE HADHRAT ALLAH S.W.T KERANA KOMPLEKS MASJID AL-MUKHLISIN YANG TELAH MULA DIBINA PADA 17 MEI 2007 DAN TELAH SIAP SEPENUHNYA PADA 13 OGOS 2009 DI ATAS TANAH SELUAS 5 EKAR DENGAN KOS PERBELANJAAN SEBANYAK RM 13.5 JUTA. IANYA MELIPUTI MASJID TIGA TINGKAT YANG BOLEH MENAMPUNG SEBANYAK 3,000 JEMAAH PADA SATU MASA, PEJABAT, 5 UNIT KUARTES PEGAWAI MASJID, SEBUAH SEKOLAH AGAMA 3 TINGKAT YANG BOLEH MENAMPUNG 1,000 ORANG MURID DAN SEBUAH KANTIN. NAMA AL-MUKHLISIN YANG BERMAKSUD ORANG-ORANG YANG IKHLAS TELAH DIPILIH SEBAGAI NAMA RASMI UNTUK MASJID INI.

PARA HADIRIN SEKALIAN ,
10.  PADA TARIKH 7 SEPTEMBER BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1430 HIJRI, KOMPLEKS MASJID AL-MUKHLISIN, ALAM DAMAI TELAH DISERAHKAN SECARA RASMINYA OLEH JABATAN KERJA RAYA WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DAN SETERUSNYA PIHAK JAKIM TELAH MENYERAHKANNYA PULA KEPADA PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI). MAKA , PADA TARIKH ITU JUGALAH BUAT KALI PERTAMA IA DIGUNAKAN UNTUK MENUNAIKAN SOLAT BERJEMAAH. BUAT MASA INI IA DILETAKKAN DI BAWAH PENTADBIRAN PUSAT PENTADBIRAN ZON 5 PENGURUSAN KARIAH JAWI.

11.  MASJID INI TELAH MEMAINKAN PERANAN YANG BESAR DALAM MENGERAKKAN AKTIVITI-AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN DAKWAH DI KALANGAN PENDUDUK SEKITAR AALM DAMAI SAMADA AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN SEPERTI FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH ATAU PUN SEBAGAI PUSAT ILMU PENGETAHUAN UNTUK GOLONGAN KANAK-KANAK, REMAJA DAN DEWASA. CONTOHNYA PELBAGAI ATIVITI TELAH DI SUSUN DAN DILAKSANAKAN OLEH MASJID AL-MUKHLISIN INI SEPERTI KULIAH MAGHRIB HARIAN, CERAMAH BULANAN, KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN, AKTIVITI REMAJA DAN MUSLIMAT DI HUJUNG MINGGU. SEMOGA DENGAN PENGISIAN PROGRAM-PROGRAM SEUMPAMA INI DAPAT MENINGKATKAN KEGIATAN PENGIMARAHAN DI MASJID INI. MENGIMARAHKAN MASJID SUDAH PASTINYA MEMPUNYAI KELEBIHAN YANG SANGAT BESAR DI SISI ALLAH S.W.T. AL-SYAIKHAIN , AL-HAFIZ ABU BAKAR AL-BAZZAR DAN ‘ABDUN BIN HAMID MERIWAYATKAN DARI ANAS BIN MALIK RADHIYALLAHU ‘ANHU KATANYA ; RASULULLAH S.A.W BERSABDA ;
انما عمار المساجد هم أهل الله.
MAKSUDNYA : SESUNGGUHNYA PENGIMARAH-PENGIMARAH MASJID ADALAH KELUARGA ALLAH.

PARA HADIRIN SEKALIAN ,

12.  KEPADA SEMUA PIHAK SAMADA JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) MAHU PUN ANAK-ANAK KARIAH ALAM DAMAI INI KHASNYA , SAYA AMAT BERHARAP AGAR KITA SEMUA SENTIASA MEMBERIKAN KOMITMEN DAN DEDIKASI YANG TINGGI SERTA ’ SEMANGAT UNTUK MENYUBURKAN KEIKHLASAN BAGI MENGIMARAHKAN RUMAH ALLAH SWT ’ AGAR SESUAI DENGAN NAMANYA AL-MUKHLISIN INI SUPAYA MASJID YANG TERSERGAM INDAH INI DAPAT DIMANFAATKAN SEPENUHNYA DEMI KEBAIKAN BERSAMA. AL-IMAM AHMAD , IBN MAJAH , AL-HAKIM DAN IBN MARDAWAIH MERIWAYATKAN DARI ABU SA’ID AL-KHUDRI R.A , RASULULLAH S.A.W BERSABDA :
اذا رأيتم الرجل يعتاد المساجد فاشهدوا له بالايمان.
MAKSUDNYA :
APABILA KAMU MELIHAT SEORANG LELAKI SENTIASA MENGUNJUNGI MASJID , MAKA SAKSIKANLAH YANG IA ADALAH SEORANG YANG BERIMAN.
13.  BAGI PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) , SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN RIBUAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK ATAS KESUDIAN MENGHULURKAN BANTUAN UNTUK MENJAYAKAN UPACARA MAJLIS PADA TENGAHARI INI. SEMOGA PERHUBUNGAN AKRAB YANG TELAH TERJALIN AKAN MENJADI LANDASAN UNTUK KERJASAMA DAN PERSAHABATAN YANG KUKUH PADA MASA-MASA AKAN DATANG.

14.  AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN , SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN , SEKIANLAH SAHAJA UCAPAN PATIK DAN PATIK SUDAHI DENGAN LAFAZ YANG MULIA ,
وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

No comments:

Post a Comment