Monday, October 22, 2012

Teks emcee MAJLIS SAMBUTAN MA’AL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1433H DI DEWAN MUKTAMAR,PUSAT ISLAM MALAYSIA oleh Ustaz Tuan Asmawi


Teks emcee
MAJLIS SAMBUTAN MA’AL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1433H DI DEWAN MUKTAMAR,PUSAT ISLAM MALAYSIA

BIL
QUE
ANN
1
Ketibaan Dato’ KP Jakim
MENGUMUMKAN KETIBAAN Y.Bhg DATO’ HJ OTHMAN BIN MUSTAPHA,KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA DIIRINGI YBHG DATUK HJ CHE MAT BIN CHE ALI , PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI).
2
Nyanyian Lagu Negaraku dan tema maal Hijrah
“ Y.BHG DATO’ DAN PARA HADIRIN SEKALIAN , NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN  lagu TEMA MAAL HIJRAH “.
3
Pembukaan oleh MC
ASSALAMUALAIKUM WRM.WBT DAN SALAM 1MALAYSIA

Y.Bhg DATO’ HJ OTHMAN BIN MUSTAPHA,KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

YBHG DATUK HJ CHE MAT BIN CHE ALI , PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI).

YBHG DATO’/DATIN/TUAN/PUAN/RAKAN2 MEDIA YANG DIHORMATI SEKALIAN.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS SAMBUTAN MA’AL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1433H DI DEWAN MUKTAMAR,PUSAT ISLAM MALAYSIA
YANG AKAN DIRASMIKAN OLEH TETAMU KEHORMAT KITA Y.Bhg DATO’ HJ OTHMAN BIN MUSTAPHA,KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA. PIHAK MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI2 PENGHARGAAN & TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN YBHG DATO’ MELUANGKAN WAKTU MENJAYAKAN MAJLIS YANG PENUH BERMAKNA INI.
PIHAK MAJLIS JUGA MERAKAMAKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA SEMUA AGENSI-AGENSI KERAJAAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN , SWASTA DAN NGO YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PERHIMPUNAN YANG PENUH KEBERKATAN INI.


4
Bacaan Doa
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN , SEBELUM MENERUSKAN ACARA PADA PAGI INI , MARILAH SAMA-SAMA MENADAH TANGAN UNTUK MENGAMINKAN DOA.

TERIMA KASIH.

5
Ucapan YBhg Datuk Pengarah JAWI
YBHG DATUK/DATIN/TUAN/PUAN SEKALIAN , MENERUSKAN ACARA MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YBHG DATUK HJ CHE MAT BIN CHE ALI , PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) MERANGKAP SETIAUSAHA MAIWP UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALUAN,DIPERSILAKAN YBHG DATUK.

TERIMA KASIH.

6
Ucapan YBHG DATO’ KP JAKIM
PARA HADIRIN SEKALIAN , MENERUSKAN LAGI ACARA , MAJLIS DENGAN SEGALA HORMAT DAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN Y.Bhg DATO’ HJ OTHMAN BIN MUSTAPHA,KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS SAMBUTAN MA’AL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1433H.DIPERSILAKAN YBHG DATO’.

MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN YBHG DATO’.

7
PENGUMUMAN ANUGERAH KHAS MAAL HIJRAH
YBHG DATO’/DATIN/TUAN/PUAN SEKALIAN,DENGAN KUASA DAN AMANAH YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA , SEKARANG TIBALAH MASANYA UNTUK DIUMUMKAN PEMENANG2 ANUGERAH KHAS MAAL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1433 HIJRI.
PENILAIAN DAN PENJURIAN BAGI PERTANDINGAN BAGI SETIAP KATEGORI YANG AKAN DIUMUMKAN SEBENTAR LAGI TELAH DIJALANKAN OLEH PENILAI-PENILAI DAN JURI YANG TELAH DILANTIK OLEH PIHAK JAWATANKUASA PENGANJUR DENGAN BERPANDUKAN KEPADA KRITERIA-KRITERIA YANG TELAH DITETAPKAN.JUSTERU , SEMUA KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD.
PARA HADIRIN SEKALIAN, DENGAN INI DENGAN BANGGANYA DIUMUMKAN BAHAWA BAGI PEMENANG KATEGORI ANUGERAH MASJID TERBAIK IALAH…MASJID AMANIAH,JALAN BESAR KEPONG,KUALA LUMPUR.
BAGI KATEGORI ANUGERAH TANAH PERKUBURAN ISLAM TERBAIK DIMENANGI OLEH TANAH PERKUBURAN ISLAM KG.DATO’ KERAMAT , KUALA LUMPUR. DAN TERAKHIR SEKALI IALAH KATEGORI ANUGERAH SEKOLAH RENDAH AGAMA TERBAIK DIMENANGI OLEH SRA AL-MUKHLISIN , TAMAN ALAM DAMAI,CHERAS KUALA LUMPUR.
TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH BAGI KATEGORI2 TERSEBUT.
MUDAH2AN DENGAN KEMENANGAN TERSEBUT IANYA MENJADI SUMBER SEMANGAT UNTUK MENERUSKAN KECEMERLANGAN DAN MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT KEPADA YANG LAIN.
7
Tayangan MULTIMEDIA KHAS
YBHG DATO’ DAN PARA HADIRIN SEKALIAN,BERSEMPENA DENGAN PENGUMUMAN ANUGERAH BAGI KATEGORI-KATEGORI YANG DISEBUTKAN SEBENTAR TADI , KITA SAKSIKAN TAYANGAN MULTIMEDIA KHAS . SELAMAT MENONTON.

TERIMA KASIH.

8
Penyampaian Hadiah
YBhg DATO’ DAN PARA HADIRIN SEKALIAN , DENGAN INI MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YBHG DATUK HJ CHE MAT BIN CHE ALI , PENGARAH JAWI BAGI MEMPERSILAKAN DAN MENGIRINGI YBHG DATO’ HJ OTHMAN BIN MUSTAPHA , KETUA PENGARAH JAKIM BAGI MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN ANUGERAH-ANUGERAH KHAS KEPADA PARA PEMENANG. DIPERSILAKAN

TERIMA KASIH.







9
PERSEMBAHAN KHAS OLEH YASIN
YBHG DATO’ DAN PARA HADIRIN SEKALIAN , SEBAGAI PELENGKAP DAN PENYERI MAJLIS SERTA HALWA TELINGA , SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1433H OLEH SAUDARA YASIN SULAIMAN. DIPERSILAKAN YASIN DAN KEPADA PARA HADIRIN SEKALIAN , SELAMAT MENONTON...

TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA YASIN ATAS PERSEMBAHAN SEBENTAR TADI.MUDAH2AN KITA SEMUA TELAH PUN TERHIBUR.
10
Penutup
Y.BHG DATO’ DAN PARA HADIRIN SEKALIAN , DENGAN BERAKHIRNYA PERSEMBAHAN KHAS ITU ITU TADI MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS KITA PADA HARI INI. SAYA BAGI PIHAK MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI2 TERIMA KASIH KEPADA TETAMU KEHORMAT KITA DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MENJAYAKAN MAJLIS INI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.SEMOGA ALLAH SWT MENGURNIA KEBAJIKAN BUAT KITA SEMUA.

SEKIAN , WASSALAMU ALAIKUM WRM.WBT DAN SALAM 1 MALAYSIA.







No comments:

Post a Comment